Thursday, December 9, 2010

...saman oh saman....

Hari ini selesai membayar saman trafik untuk 2 buah kereta, 4 saman bagi kereta WAJA iaitu kereta yang saya gunakan semasa masih bekerja di Pejabat Pelajaran Daerah dan 2 saman bagi sebuah lagi kereta yang saya gunakan selepas pencen.  Jumlah saman RM740. Dah le kite ni pencen, nak bayar saman lagi...aduh...ada terasa jugak tau. 

Semasa merentas waktu, duduk berfikir sorang diri....

Semua saman dicatitkan sebagai PANDU LAJU. Saya ni bukanle jenis orang yang suke nak memandu laju2. Mesti ada sesuatu sebab penting tu kenapa terpaksa melebihi had laju yang ditetapkan. Semasa bertugas sebagai pegawai pendidikan dulu selalu ada mesyuarat di ibu pejabat. Tentulah ada ketikanya terpaksa bawa laju sikit untuk mengejar ketepatan waktu mula mesyuarat, kerana pencapaian diutamakan. Tapi malang yang menimpa...saman ekor. 
Masa pencen pulak lagi le....relaks je memandu.  Tengok pada rekod kesalahan tu, memandu laju atas Lebuh Raya Pantai Timur dalam daerah Bentong. Saya baru ingat perjalanan tu adalah untuk menziarahi cucu tersayang di Kuala Lumpur.....agaknye dah dekat nak samapai tu, tak sabar dah nak bergurau dengan cucu...jadi ter...laju le sikit.....oh malang lagi.....saman ekor.
Berfikir lagi...dengan RM740 saya boleh buat jamuan untuk 50 orang lebih. Perkataan yang digunakan ialah 'black list' kalau tak bayar.....macam le kite ni penjenayah besar. Apalah sangat, kita memandu kereta kepunyaan sendiri dengan kelajuan yang tidak membahayakan orang lain.
 Akhirnya saya membuat kesimpulan untuk diri saya sendiri, iaitu pencapaian pemungut saman adalah diutamakan.

Saturday, November 27, 2010

sebuah lagi ilham...

....masih dengan nombor 9.....

ambil sebarang nombor, katakan 3. Darabkan dengan sembilan, hasilnya ialah 27...jumlahkan digit 2+7=9
ambil nombor  lain, katakan 7.Darabkan dengan sembilan, hasilnya ialah 63...jumlahkan 6+3=9
ambil nombor lain katakan 26. Darabkan dengan sembilan, hasilnya ialah 234...jumlahkan 2+3+4=9
ambil nombor lain katakan 589. Darabkan dengan sembilan, hasilnya ialah 5301...jumlahkan 5+3+0+1=9
try nombor besar pulak, katakan 1,325,487 Darabkan dengan sembilan, hasilnya ialah 11,929,383...jumlahkan 1+1+9+2+9+3+8+3=36...terus jumlahkan iaitu 3+6=9.   Kita dah boleh buat kesimpulan sekarang, iaitu
SEBARANG ANGKA APABILA DIDARAB DENGAN 9, KEMUDIAN KITA CAMPURKAN SEMUA DIGIT JAWAPANNYA, KITA AKAN MENEMUI SENTIASA ANGKA 9. MasyaAllah hebatnya Allah ciptakan nombor2 untuk kita kan?...  Selamat mencoba dengan nombor lain.

Monday, November 22, 2010

...semasa merentas waktu.....saya terfikir dan berfikir...

...tentang angka 9.....
fikirkan nombor sebuah kereta...misalnya 3951 (sehari sebelum tarikh lahirku...4.9.51..).
Jika kita jumlahkan kesemua digit angka itu, iaitu 3+9+5+1=18, teruskan lagi iaitu 1+8=9
Saya mencuba lagi, bagaimana kalau 39+51, jawabnya ialah 90, kemudian 9+0 =9 juga.
Cuba lagi, kali ini terbalikkan 93+15, jawabnya ialah 108, kemudian 1+0+8=9 juga.
Try urutan lain pula, misalnya 31+95, jawabnya ialah 126, kemudian 1+2+6=9 juga.
Cuba anda buat susunan yang lain pula, cari jumlah akhirnya dan kemudian fikir-fikirkanlah.
Hebatnya Allah ciptakan nombor-nombor untuk kita kan!!!
Selamat mencuba dengan nombor-nombor yang lain pula.

Friday, November 12, 2010

...fikir-fikirkanlah...

ahh...lama dah tak buat entry......sibuk...sibuk
hai dah bersara pun sibuk??
memang sibuk beb....masih mengajar dan masih belajar.....long live learning kan.!!..
Nak cerita sikit sementara masih teringat nih...
Minggu lepas dalam perjalanan pulang ke rumah, singgah di sebuah masjid untuk sembahyang zohor berjamaah.
Lepas parking kereta di laman masjid tu, tak nampak pulak ahli jamaah masjid tu. Masa tu pukul satu tengahari dah..dah masuk waktu zohor. Jam 1.06 baru nampak seorang yang agak tua masuk dan azan....pada anggapan saya beliau mungkin seorang imam atau bilal di situ. Selesai azan, datang beberapa orang berpakaian seperti saya, iaitu yang dalam perjalanan ke sesuatu tempat, ada 8 orang semuanya. Apabila sembahyang zohor akan bermula baru nampak datang jamaah kariah tu lagi 2 orang. Jadinya, 3 orang tempatan dan 8 orang luar yang kebetulan singgah. Selesai saja solat zohor, jamaah yang singgah tadi bersegeralah meninggalkan masjid itu, tinggallah 3 orang saja dalam masjid itu...sebuah masjid besar yang boleh menempatkan 300-350 orang jamaah itu.  'The moral of story'nya ialah: bagaimana dengan tuntutan bahawa pentingnya solat berjamaah pada setiap waktu. Apakah kerana kebetulan hari tu adalah hari bekerja, sehingga tidak ada orang2 muda turun ke masjid? Bagaimana dengan yang lain2? Semua bekerja ke? Banyak andaian boleh dibuat....tapi apapun alasan kena fikir-fikirkan betapa pentingnya tuntutan mengimarahkan masjid, mendirikan solat berjamaah pada setiap waktu. Semoga Allah beri kekuatan kepada kita supaya dapat memenuhi tuntutan yang utama ini. Amin.

Monday, September 20, 2010

Ceramah Teknik Menjawab Soalan SPM

Alhamdulillah hari telah menyempurnakan jemputan SMKTM2 untuk memberikan ceramah teknik menjawab soalan SPM di ILIM Wilayah Timur. Wah hebat sungguh pusat latihan ini.  Syabas pelajar2 SMTM2 yang telah memberikan tumpuan sepenuhnya. Didoakan kalian berjaya dalam SPM 2010.  Tuan Pengetua, Tn Hj Zawawi dan GPK1, Tn Hj Wan Razak juga sempat bertemu dengan saya. Terima kasih di atas aperisiasi tuan2 kepada saya walaupun saya tidak lagi bersama dalam jabatan kerajaan. Inilah semangat berkawan yang mulia.

Wednesday, September 15, 2010

Bukan gila...

Apakah agaknye hikmah Allah....tiada makhluk yang tahu....masyaAllah.....
Sungguh kejam pembunuh (=perancang pembunuhan) suspek bergelar 'Datuk' itu.  Kita tak perlu kategorikan dia sebagai penghidap psikopatik ke, skizofrenia ke atau psikosis ke. Apa yang jelas ia adalah penjenayah. Kes ini terancang dan berkumpulan. MasyaAllah..... ya Allah selamatkan  negaraku.

Thursday, September 9, 2010

Ada peperangan ke??

WAKTU:....lepas sembahyang Isya'
Dentum sana...dentum sini....persis di sebuah medan perang. Bunyinya...cahayanya...memang macam sebuah peperangan (macam yang saya tengok dalam TV). Inilah agaknya persepsi jika seoarang pelancong asing berada di kampungku. Beginilah setiap malam hari raya. Mungkin di kampung2 lain pun begini juga. Pihak keselematan negara telah berulang kali mengingatkan dan memberi amaran tentang larangan bermain mercun ni. Impaknya banyak yang buruk daripada yang baik. Putus jari, putus tangan, bahkan ada yang jiwa melayang. Satu kes ngeri seorang anak tercampak ke atas pokok dan maut akibat letupan dahsyat timbunan mercun yang di'sorok'. Tak sedih ke ayah?? Tak keciwa ke ibu?

Saya paparkan petikan sebagian rencana Utusan Malaysia Online 24.8.2010

Tragedi, kecelakaan akibat mercun perlu dihentikan

APAKAH tragedi yang menimpa seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang mayatnya tercampak dan tersangkut pada sebatang pokok, manakala otaknya bersepai akibat letupan mercun boleh memberi keinsafan kepada semua pemain mercun dan bunga api di Malaysia?
 Tragedi menyayat hati itu berlaku di sebuah rumah di Kampung Seberang Baruh Cabang Tiga, Kuala Terengganu diharap menjadi titik mula untuk masyarakat mengubah sikap terhadap bahan terlarang itu.
Tetapi ternyata, adalah sukar untuk masyakat kita berubah sekelip mata. Biarpun tragedi seumpama ini berlaku pada bulan Ramadan saban tahun, tetapi ia masih berulang lagi.
Sepatutnya untuk sekian kalinya, perlu ada kempen besar-besaran untuk memisahkan mercun dengan Ramadan. Ini kerana kedua-dua unsur ini seolah-olah sudah tidak dapat dipisahkan.
Kita berasa sedih dan pilu apabila melihat setiap hari terpapar di dada akhbar kes-kes kecederaan akibat bermain mercun. Apakah kejadian ini bagaikan tidak ada noktah dan tiada jalan penyelesaian?

Wednesday, September 1, 2010

WAKTU BERSARA
Persaraan  memberi pelbagai pengertian  bagi  setiap penjawat awam. Walau apapun tafsirannya, yang jelas  ialah persaraan  membawa  makna bahawa seseorang  penjawat awam itu  perlu  melepaskan jawatan terakhir yang  disandangnya apabila sampai masanya. Pada hakikatnya seseorang pesara akan melangkah  ke  suatu dunia   baru.  Tentunya beliau  akan  berhadapan   dengan suasana  dan  cabaran yang berbeza dengan keadaan sebelum bersara. 
Apa yg penting ialah bahawa  sikap positif sangat perlu dalam mengharungi dunia persaraan. Persaraan semacam dunia kedua yg terdiri daripada berbagai pentas yg perlu diisikan. 
Memetik kata-kata seoarang pesara IPTA; 
"Bersara bukan bermakna kita bercuti dan tidak berbuat apa-apa dan terus mendiamkan diri."
"Bila anda sudah bersara, jangan buat orang sangka kita sudah tiada lagi."
"Saya sebenarnya tidak mahu bekerja dengan sesiapapun selepas bersara. Saya tidak mahu mempunyai kerja tetap lagi."

Sunday, August 29, 2010

Indahnya bacaan oleh Sheikh Misyary Rashid Alafasy

WAKTU:
10.30 malam sekembalinya dari Solat Tarawih dan bertadarrus bersama bilal Jais, sempat mendengar bacaan surah al-Mulk oleh Sheikh Misyary Rashid Alafasy.  Wah terpukau dengan alunan suara dan tarannumnya. MasyaAllah anugerah Allah. Terima kasih anakanda Ippi di Washington D.C yang upload ke dalam blognya [Aku dan Diriku]. Abah dah save dalam pen drive.  Nanti bila memandu boleh pulak dengar dalam kereta...hebatnya Anugerah Allah.

Saturday, August 28, 2010

Tuition...t

WAKTU:                 Kelmarin/semalam (yesterday) belajar. Hari ini mengajar. 9.00-10.30 di AMI Tuition Centre, Alor Lintang; 10.35 - 12.05 th di AMI Tuition Centre, Kota Putra (Kg Raja - takut2 ada yang tak kenal). Subjek Chemistry. Ini adalah jadual rutin khas dalam bulan puasa ni.   Kalau hari biasa, ada petang dan ada malam. Premis pun lebih banyak - di Jerteh, A.Lintang, Kg Raja dan Renek. Selain itu masih memenuhi jemputan sebagai penceramah dan fasilitator subjek chemistry di sekolah-sekolah dalam negeri Terengganu. Sudah bersara. Namun demi memenuhi permintaan rakan-rakan guru yang masih setia dan sudi menjemput saya berkongsi pengalaman dalam subjek ini, saya dengan rasa bertanggung jawab untuk menyebarkan ilmu, sedia meluangkan masa, sementara Allah masih memberi kesihatan dan kekuatan. Rugi rasanya dengan pengalaman lebih 30 tahun sebagai pemeriksa (termasuk 12 tahun sebagai Ketua Pemeriksa) dan lebih kurang 25 tahun sebagai Penggubal Soalan (termasuk sebagai panel induk penggubal soalan dwi bahasa yg item sulongnya di 'standard'kan di England - Alhamdulillah berpeluang selama 2 minggu berada di Guilford, London dalam urusan pemantapan soalan dwi bahasa subjek Chemistry dan beberapa subjek sains dan matematik yang lain) tidak berkongsi pengalaman ini.
WAKTU mengajar berhenti buat seketika semasa diamanahkan untuk bertugas sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Akademik - Teknologi & Vokasional) mulai 2003 sehingga bersara pada 3.9.2007. Bekerja di pejabat lebih kepada pengurusan, penyeliaan dan pemantauan. Alhamdulillah semua tugas2 yang di amanahkan dapat dilaksanakan. Syukur Allah telah memberikan berbagai pengalaman dalam hidup ini yang tidak dapat dibeli dengan wang dan ringgit.

Friday, August 27, 2010

Kuliah...

WAKTU:            Jam 8.00 pagi hantar 'adik' (anak bongsuku, perempuan) ke sekolah - ada kelas tambahan [hebat SMKTM, cuti pun tetap belajar. Didoakan semoga mereka mencapai kejayaan cemerlang]. Lepas tu terus ke Akademi Pengajian Islam, UM, Nilam Puri. Waktu:  10-12 th Pengajian Bahasa Al-Quran.   Semakin belajar, semakin banyak yang aku belum tahu. Menyesal rasanya, kenapa sekarang diusia penghujung ini baru nak belajar. Bahasa 'ini' adalah adalah bahasa yang paling agung. Pensyarah, Ustaz Nor Hazrul, mencacatkan sesuatu di white board dalam bahasa Arab yang maksudnya:  "..siapa menyangka bahawa dia tahu, maka sebenarnya dia jahil...", lalu beliau huraikan.  Aku rasa lega dan aku bertekad akan meneruskan pembelajaran ini.
Tengahari solat Jumaat di Masjid Kedai Mulung (intipati Khutbah: bersyukur, Allah akan tambah ni'mat; jika kufur, Allah akan timpakan azab yg pedih; Jaga agama,nyawa, 'aqal, marwah dan harta].
3-5 ptg sekali lagi masuk kampus APIUM; kuliah Ulum Al-Quran.
Lebih kurang 5.30 ptg, selepas solat 'asar bertolak pulang ke Jabi. Perjalanan lebih sejam. Beginilah rutin setiap hari Jumaat. Semoga Allah beri kekuatan kepadaku.

KEBETULAN KE??...

WAKTU menempah nombor plat kereta baru PROTON WAJA, aku pohon DAL 4951. Alhamdulillah dapat.  Gembira dan puas hati. Hakikatnya 4.9.51 adalah tarikh kelahairanku.  Yang tak disangka2 ialah tentang DAL tu...sebenarnya ia adalah AKRONIM [kata yang muncul dari huruf pangkal bagi beberapa perkataan]. Mari kita kita tinjau:    Apaka kata mereka??

Sendiri:      Dan Aku Lahir pd 4.9.51
Isteriku:         Darling Aku Lahir pd 4.9.51
Anakku:        Daddy Aku Lahir pd 4.9.51
Cucuku:        Datuk Aku Lahir pd 4.9.51
Kawan sekuliah:     Dan Anta Lahir pd 4.9.51
Ibu dan Ayahku:     Dan Anakku Lahir pd 4.9.51
Adikku:                  Dan Abangku Lahir pd 4.9.51
Kakakku:               Dan Adikku Lahir pd 4.9.51