Thursday, September 9, 2010

Ada peperangan ke??

WAKTU:....lepas sembahyang Isya'
Dentum sana...dentum sini....persis di sebuah medan perang. Bunyinya...cahayanya...memang macam sebuah peperangan (macam yang saya tengok dalam TV). Inilah agaknya persepsi jika seoarang pelancong asing berada di kampungku. Beginilah setiap malam hari raya. Mungkin di kampung2 lain pun begini juga. Pihak keselematan negara telah berulang kali mengingatkan dan memberi amaran tentang larangan bermain mercun ni. Impaknya banyak yang buruk daripada yang baik. Putus jari, putus tangan, bahkan ada yang jiwa melayang. Satu kes ngeri seorang anak tercampak ke atas pokok dan maut akibat letupan dahsyat timbunan mercun yang di'sorok'. Tak sedih ke ayah?? Tak keciwa ke ibu?

Saya paparkan petikan sebagian rencana Utusan Malaysia Online 24.8.2010

Tragedi, kecelakaan akibat mercun perlu dihentikan

APAKAH tragedi yang menimpa seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang mayatnya tercampak dan tersangkut pada sebatang pokok, manakala otaknya bersepai akibat letupan mercun boleh memberi keinsafan kepada semua pemain mercun dan bunga api di Malaysia?
 Tragedi menyayat hati itu berlaku di sebuah rumah di Kampung Seberang Baruh Cabang Tiga, Kuala Terengganu diharap menjadi titik mula untuk masyarakat mengubah sikap terhadap bahan terlarang itu.
Tetapi ternyata, adalah sukar untuk masyakat kita berubah sekelip mata. Biarpun tragedi seumpama ini berlaku pada bulan Ramadan saban tahun, tetapi ia masih berulang lagi.
Sepatutnya untuk sekian kalinya, perlu ada kempen besar-besaran untuk memisahkan mercun dengan Ramadan. Ini kerana kedua-dua unsur ini seolah-olah sudah tidak dapat dipisahkan.
Kita berasa sedih dan pilu apabila melihat setiap hari terpapar di dada akhbar kes-kes kecederaan akibat bermain mercun. Apakah kejadian ini bagaikan tidak ada noktah dan tiada jalan penyelesaian?

1 comment:

Anonymous said...

...DAHSYAT...