Tuesday, August 2, 2011

..matematik dalam kimia pelek tapi benar....ini huraiannya

..masih ingat entry dulu   (jan 2011) 

"Dalam kimia, setengah tambah (add) setengah jawabnya ialah dua setengah, bukan satu. Pelek kan?  Tapi hakikat sebenarnya ia memang benar. Oleh itu saya membuat infrence untuk kes2 yang lain pulak misalnya 2+2=22 atau 10+10 = 210."

Cerita asalnya begini:
Dalam tajuk Electrochemistry (sub-topic: Voltaic Cell or Chemical Cell - bahasa mudahnye bateri ringkas). Terdapat dua terminal yang dikenali sebagai Terminal Positive dan Terminal Negative [kalau tengok pada sebuah bateri ada tanda "+" dan "-"]. Pada kedua-dua terminal ini beraku tindak balas 'reduction' dan 'oxidation'. Tindak balas yang berlaku pada setiap terminal itu boleh di wakili oleh persamaan kimia yang dipanggil persamaan 'setengah tindak balas' (half-reaction: - kes khas: tidak diterjemah sebagai tindak balas setengah). Maka, jika ada orang tanya;  ada berapa tindak balas yang berlaku dalam satu bateri?, maka jawabnya ialah ada dua 'setengah tindak balas'.  Iaitu satu 'setengah tindak balas' di Terminal Positive dan satu 'setengah tindak balas' lagi di Terminal Negative. Jadilah jumlahnya ialah dua 'setengah tindak balas'. Jadi itulah sumber ceritenye...

Friday, July 29, 2011

Merentas Julai dan seterusnya...

Lama tak mem'blog'...Pejam celik pejam celik, dah empat tahun bersara. Tapi tetap terus sebagai guru. Tambah pulak bulan Julai dan seterusnya.....bengkel sana bengkel sini, dengan pelbagai jenama...kem kecemerlangan akademik, program pemantapan silibus, .....dan lain2 lagi...dalam seminar teknik menjawab SPM bagi matapalejaran KIMIA....di bawah Jawatan  "Penceramah Bebas Mata Pelajaran Kimia SPM N.Trg"  (cipta sendiri). Aktiviti rutin tetap seperti biasa di Tutorial Centre, A.Lintang, Tutition Centre, K. Raja, Tuition Khas SM Imtiaz Besut, disamping ke Akademi Islam,UM Nilam Puri setiap Jumaat (pagi hingga petang). Alhamdulillah Allah memberi kesihatan dan kekuatan mental untuk sekadar memberi sumbangan dan imfak, kerana ilmu dan pengalaman yang diperolehi dahulu masih sangat diperlukan oleh pelajar2 dan guru2. InsayaAllah saya bersedia membantu sekadar termampu.

Pun begitu kehidupan perlu diteruskan, masing-masing kita ada bahagian dan ada bahagianya. Semoga ada rezeki, kemudahan, rahmat dan cinta Allah untuk kita semua. (memetik kata-kata GCBM Fariza Nurbaya)

Saturday, January 8, 2011

...matematik dalam kimia pelek tapi benar...

Dalam kimia, setengah tambah (add) setengah jawabnya ialah dua setengah, bukan satu. Pelek kan?  Tapi hakikat sebenarnya ia memang benar. Oleh itu saya membuat infrence untuk kes2 yang lain pulak misalnya 2+2=22 atau 10+10 = 210.


Suspen...nanti dalam entry yang akan datang saya akan perjelaskan...buat masa ini saya mohon berbanyak maaf kalau ia menganggu pemikiran, terutama kepada guru-guru matematik.

Monday, January 3, 2011

...cucu dah mula sekolah 2011....

Gembiranya cucu dah mula bersekolah kelmarin.


Tuan Amir Khalis Tuan Muhd Fahmi





dan Tuan Amir Danish Tuan Muhd Fahmi