Sunday, August 29, 2010

Indahnya bacaan oleh Sheikh Misyary Rashid Alafasy

WAKTU:
10.30 malam sekembalinya dari Solat Tarawih dan bertadarrus bersama bilal Jais, sempat mendengar bacaan surah al-Mulk oleh Sheikh Misyary Rashid Alafasy.  Wah terpukau dengan alunan suara dan tarannumnya. MasyaAllah anugerah Allah. Terima kasih anakanda Ippi di Washington D.C yang upload ke dalam blognya [Aku dan Diriku]. Abah dah save dalam pen drive.  Nanti bila memandu boleh pulak dengar dalam kereta...hebatnya Anugerah Allah.

Saturday, August 28, 2010

Tuition...t

WAKTU:                 Kelmarin/semalam (yesterday) belajar. Hari ini mengajar. 9.00-10.30 di AMI Tuition Centre, Alor Lintang; 10.35 - 12.05 th di AMI Tuition Centre, Kota Putra (Kg Raja - takut2 ada yang tak kenal). Subjek Chemistry. Ini adalah jadual rutin khas dalam bulan puasa ni.   Kalau hari biasa, ada petang dan ada malam. Premis pun lebih banyak - di Jerteh, A.Lintang, Kg Raja dan Renek. Selain itu masih memenuhi jemputan sebagai penceramah dan fasilitator subjek chemistry di sekolah-sekolah dalam negeri Terengganu. Sudah bersara. Namun demi memenuhi permintaan rakan-rakan guru yang masih setia dan sudi menjemput saya berkongsi pengalaman dalam subjek ini, saya dengan rasa bertanggung jawab untuk menyebarkan ilmu, sedia meluangkan masa, sementara Allah masih memberi kesihatan dan kekuatan. Rugi rasanya dengan pengalaman lebih 30 tahun sebagai pemeriksa (termasuk 12 tahun sebagai Ketua Pemeriksa) dan lebih kurang 25 tahun sebagai Penggubal Soalan (termasuk sebagai panel induk penggubal soalan dwi bahasa yg item sulongnya di 'standard'kan di England - Alhamdulillah berpeluang selama 2 minggu berada di Guilford, London dalam urusan pemantapan soalan dwi bahasa subjek Chemistry dan beberapa subjek sains dan matematik yang lain) tidak berkongsi pengalaman ini.
WAKTU mengajar berhenti buat seketika semasa diamanahkan untuk bertugas sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Akademik - Teknologi & Vokasional) mulai 2003 sehingga bersara pada 3.9.2007. Bekerja di pejabat lebih kepada pengurusan, penyeliaan dan pemantauan. Alhamdulillah semua tugas2 yang di amanahkan dapat dilaksanakan. Syukur Allah telah memberikan berbagai pengalaman dalam hidup ini yang tidak dapat dibeli dengan wang dan ringgit.

Friday, August 27, 2010

Kuliah...

WAKTU:            Jam 8.00 pagi hantar 'adik' (anak bongsuku, perempuan) ke sekolah - ada kelas tambahan [hebat SMKTM, cuti pun tetap belajar. Didoakan semoga mereka mencapai kejayaan cemerlang]. Lepas tu terus ke Akademi Pengajian Islam, UM, Nilam Puri. Waktu:  10-12 th Pengajian Bahasa Al-Quran.   Semakin belajar, semakin banyak yang aku belum tahu. Menyesal rasanya, kenapa sekarang diusia penghujung ini baru nak belajar. Bahasa 'ini' adalah adalah bahasa yang paling agung. Pensyarah, Ustaz Nor Hazrul, mencacatkan sesuatu di white board dalam bahasa Arab yang maksudnya:  "..siapa menyangka bahawa dia tahu, maka sebenarnya dia jahil...", lalu beliau huraikan.  Aku rasa lega dan aku bertekad akan meneruskan pembelajaran ini.
Tengahari solat Jumaat di Masjid Kedai Mulung (intipati Khutbah: bersyukur, Allah akan tambah ni'mat; jika kufur, Allah akan timpakan azab yg pedih; Jaga agama,nyawa, 'aqal, marwah dan harta].
3-5 ptg sekali lagi masuk kampus APIUM; kuliah Ulum Al-Quran.
Lebih kurang 5.30 ptg, selepas solat 'asar bertolak pulang ke Jabi. Perjalanan lebih sejam. Beginilah rutin setiap hari Jumaat. Semoga Allah beri kekuatan kepadaku.

KEBETULAN KE??...

WAKTU menempah nombor plat kereta baru PROTON WAJA, aku pohon DAL 4951. Alhamdulillah dapat.  Gembira dan puas hati. Hakikatnya 4.9.51 adalah tarikh kelahairanku.  Yang tak disangka2 ialah tentang DAL tu...sebenarnya ia adalah AKRONIM [kata yang muncul dari huruf pangkal bagi beberapa perkataan]. Mari kita kita tinjau:    Apaka kata mereka??

Sendiri:      Dan Aku Lahir pd 4.9.51
Isteriku:         Darling Aku Lahir pd 4.9.51
Anakku:        Daddy Aku Lahir pd 4.9.51
Cucuku:        Datuk Aku Lahir pd 4.9.51
Kawan sekuliah:     Dan Anta Lahir pd 4.9.51
Ibu dan Ayahku:     Dan Anakku Lahir pd 4.9.51
Adikku:                  Dan Abangku Lahir pd 4.9.51
Kakakku:               Dan Adikku Lahir pd 4.9.51