Tuesday, August 2, 2011

..matematik dalam kimia pelek tapi benar....ini huraiannya

..masih ingat entry dulu   (jan 2011) 

"Dalam kimia, setengah tambah (add) setengah jawabnya ialah dua setengah, bukan satu. Pelek kan?  Tapi hakikat sebenarnya ia memang benar. Oleh itu saya membuat infrence untuk kes2 yang lain pulak misalnya 2+2=22 atau 10+10 = 210."

Cerita asalnya begini:
Dalam tajuk Electrochemistry (sub-topic: Voltaic Cell or Chemical Cell - bahasa mudahnye bateri ringkas). Terdapat dua terminal yang dikenali sebagai Terminal Positive dan Terminal Negative [kalau tengok pada sebuah bateri ada tanda "+" dan "-"]. Pada kedua-dua terminal ini beraku tindak balas 'reduction' dan 'oxidation'. Tindak balas yang berlaku pada setiap terminal itu boleh di wakili oleh persamaan kimia yang dipanggil persamaan 'setengah tindak balas' (half-reaction: - kes khas: tidak diterjemah sebagai tindak balas setengah). Maka, jika ada orang tanya;  ada berapa tindak balas yang berlaku dalam satu bateri?, maka jawabnya ialah ada dua 'setengah tindak balas'.  Iaitu satu 'setengah tindak balas' di Terminal Positive dan satu 'setengah tindak balas' lagi di Terminal Negative. Jadilah jumlahnya ialah dua 'setengah tindak balas'. Jadi itulah sumber ceritenye...