Friday, July 29, 2011

Merentas Julai dan seterusnya...

Lama tak mem'blog'...Pejam celik pejam celik, dah empat tahun bersara. Tapi tetap terus sebagai guru. Tambah pulak bulan Julai dan seterusnya.....bengkel sana bengkel sini, dengan pelbagai jenama...kem kecemerlangan akademik, program pemantapan silibus, .....dan lain2 lagi...dalam seminar teknik menjawab SPM bagi matapalejaran KIMIA....di bawah Jawatan  "Penceramah Bebas Mata Pelajaran Kimia SPM N.Trg"  (cipta sendiri). Aktiviti rutin tetap seperti biasa di Tutorial Centre, A.Lintang, Tutition Centre, K. Raja, Tuition Khas SM Imtiaz Besut, disamping ke Akademi Islam,UM Nilam Puri setiap Jumaat (pagi hingga petang). Alhamdulillah Allah memberi kesihatan dan kekuatan mental untuk sekadar memberi sumbangan dan imfak, kerana ilmu dan pengalaman yang diperolehi dahulu masih sangat diperlukan oleh pelajar2 dan guru2. InsayaAllah saya bersedia membantu sekadar termampu.

Pun begitu kehidupan perlu diteruskan, masing-masing kita ada bahagian dan ada bahagianya. Semoga ada rezeki, kemudahan, rahmat dan cinta Allah untuk kita semua. (memetik kata-kata GCBM Fariza Nurbaya)