Friday, August 27, 2010

Kuliah...

WAKTU:            Jam 8.00 pagi hantar 'adik' (anak bongsuku, perempuan) ke sekolah - ada kelas tambahan [hebat SMKTM, cuti pun tetap belajar. Didoakan semoga mereka mencapai kejayaan cemerlang]. Lepas tu terus ke Akademi Pengajian Islam, UM, Nilam Puri. Waktu:  10-12 th Pengajian Bahasa Al-Quran.   Semakin belajar, semakin banyak yang aku belum tahu. Menyesal rasanya, kenapa sekarang diusia penghujung ini baru nak belajar. Bahasa 'ini' adalah adalah bahasa yang paling agung. Pensyarah, Ustaz Nor Hazrul, mencacatkan sesuatu di white board dalam bahasa Arab yang maksudnya:  "..siapa menyangka bahawa dia tahu, maka sebenarnya dia jahil...", lalu beliau huraikan.  Aku rasa lega dan aku bertekad akan meneruskan pembelajaran ini.
Tengahari solat Jumaat di Masjid Kedai Mulung (intipati Khutbah: bersyukur, Allah akan tambah ni'mat; jika kufur, Allah akan timpakan azab yg pedih; Jaga agama,nyawa, 'aqal, marwah dan harta].
3-5 ptg sekali lagi masuk kampus APIUM; kuliah Ulum Al-Quran.
Lebih kurang 5.30 ptg, selepas solat 'asar bertolak pulang ke Jabi. Perjalanan lebih sejam. Beginilah rutin setiap hari Jumaat. Semoga Allah beri kekuatan kepadaku.

No comments: