Saturday, August 28, 2010

Tuition...t

WAKTU:                 Kelmarin/semalam (yesterday) belajar. Hari ini mengajar. 9.00-10.30 di AMI Tuition Centre, Alor Lintang; 10.35 - 12.05 th di AMI Tuition Centre, Kota Putra (Kg Raja - takut2 ada yang tak kenal). Subjek Chemistry. Ini adalah jadual rutin khas dalam bulan puasa ni.   Kalau hari biasa, ada petang dan ada malam. Premis pun lebih banyak - di Jerteh, A.Lintang, Kg Raja dan Renek. Selain itu masih memenuhi jemputan sebagai penceramah dan fasilitator subjek chemistry di sekolah-sekolah dalam negeri Terengganu. Sudah bersara. Namun demi memenuhi permintaan rakan-rakan guru yang masih setia dan sudi menjemput saya berkongsi pengalaman dalam subjek ini, saya dengan rasa bertanggung jawab untuk menyebarkan ilmu, sedia meluangkan masa, sementara Allah masih memberi kesihatan dan kekuatan. Rugi rasanya dengan pengalaman lebih 30 tahun sebagai pemeriksa (termasuk 12 tahun sebagai Ketua Pemeriksa) dan lebih kurang 25 tahun sebagai Penggubal Soalan (termasuk sebagai panel induk penggubal soalan dwi bahasa yg item sulongnya di 'standard'kan di England - Alhamdulillah berpeluang selama 2 minggu berada di Guilford, London dalam urusan pemantapan soalan dwi bahasa subjek Chemistry dan beberapa subjek sains dan matematik yang lain) tidak berkongsi pengalaman ini.
WAKTU mengajar berhenti buat seketika semasa diamanahkan untuk bertugas sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Akademik - Teknologi & Vokasional) mulai 2003 sehingga bersara pada 3.9.2007. Bekerja di pejabat lebih kepada pengurusan, penyeliaan dan pemantauan. Alhamdulillah semua tugas2 yang di amanahkan dapat dilaksanakan. Syukur Allah telah memberikan berbagai pengalaman dalam hidup ini yang tidak dapat dibeli dengan wang dan ringgit.

No comments: